Thursday, June 3, 2010

Program Amal Rumah Anak-anak Yatim/Miskin

Rakan-rakan sepejabat akan menganjurkan program ini.
Program Amal Rumah Anak-anak Yatim/Miskin - Anjuran BKBPS

LOKASI:
Rumah Anak-anak Yatim /Miskin Taman Baiduri,
No : 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri,
Dengkil, Selangor DE.

LATAR BELAKANG:
Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar,
tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga,
tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf dengan memberi jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal,
makanan dan pakaian.
Selian daripada itu,
anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa
atau perceraian,
adik-beradik ramai,
ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.
Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera,
memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat
kesengsaraan dan tekanan hidup.


PENGHUNI:
20 orang remaja lelaki berusia antara 6 hingga 16 tahun.

TARIKH / MASA:
Program ini dijangka akan diadakan pada 3 Julai 2010 bersamaan 20 Rejab 1431H.
(Hari Sabtu)

AKTIVITI:
1. Menempah pakaian raya (iaitu baju melayu sepasang setiap seorang,
termasuk songkok dan sandal - ambil saiz dan sebagainya)
2. Mengumpul dan menderma baju sekolah dan pakaian harian lelaki -
baru dan terpakai (yg masih elok) kepada penghuni.
3. Memberi sumbangan makanan / keperluan harian
4. Jamuan makan tengahari bersama penghuni.

PESERTA;
Penyertaan peserta program adalah dijangkakan seramai 50 orang.
1. Seramai 30 orang terdiri daripada penghuni dan
penyelia Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri.
2. Seramai 20 orang ahli BKBPS (kalau lebih digalakkan)

PENGANGKUTAN:
Insya Allah akan disediakan.

SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN
BKBPS memerlukan sumbangan ikhlas daripada semua ahli berupakan :-
1. Pakaian raya (baju melayu, songkok dan sandal).
2. Keperluan harian spt beras, gula dan biskut.
3. Baju sekolah dan harian lelaki - baru atau terpakai (yg masih elok)

Jumlah sumbangan yang diperlukan untuk menjayakan program ini ialah
sebanyak RM 2500.00

Untuk pakaian raya (baju melayu, songkok dan sandal) RM 100 untuk seorang anak yatim - sekiranya ada peruntukkan lebih bolehlah dibeli samping sekali.
Sumbangan boleh dilakukan secara individu, berkumpulan atau berpasangan.

War-warkan kepada ahli keluarga,
sanak saudara atau rakan-rakan lain yang ingin menghulurkan sumbangan kepada program yang kita anjurkan ini.
Sumbangan yang berupa wang ringgit atau barang-barang keperluan harian daripada kita bukan sahaja dapat meringankan bebanan mereka bahkan dapat menimbulkan kebahagiaan di hati mereka yang tidak bernasib baik.

0 comments:

loveNmarriage

World Wide Web