Showing posts with label FIXI. Show all posts
Showing posts with label FIXI. Show all posts

Monday, September 24, 2012

My first published work! BOLA Antologi Cerpen




Well, I think there was an entry about me winning the Fixi contest.
I submitted 2 certot ( 300 words ) and both won.
The famous Namron was the judge.


( picture taken at Arts for Grabs 22/9/2012)

So I was given the opportunity to write a 'cerpen' .
Among other authors are:- 
Ridhwan Saidi
Nadia Khan
Raja Faisal
 Zara Syed Shafaza
Shaz Johar
Dayang Noor
Syaihan Syafiq

Do grab one on 1st October 2012 via online
For more info https://www.facebook.com/BukuCeprenBola



Tuesday, March 27, 2012

[Review Buku ] Kopi : Bahagian I

KopiKopi by Amir Muhammad

My rating: 4 of 5 stars


Okie.sejujurnya, buku Kopi nih masih lagi siz hirup sikit demi sikit. so, pendek kata review buku Kopi siz akan ada Bahagian Kedua.

1. Shaz Johar masih lagik mengekalkan tema ironinya dalam Kopi 3 Rasa. Jenuh argue dengan Zam mengenai erti KOPI O dalam cerpen tuh. Tapi ternyata, lepas tonton short filem Kopi 3 Rasa, ternyata interpretation Siz Tepat!

2. Ridhwan Saidi...ishk! This guy is extremely absolutely talented ( actually pada masa yang sama siz sedang baca bukunya yang terbaru MAUTOPIA. Pening sikit sebab dah macam buku literature zaman Siz ambik American Literature do Universiti jadinya ) . Tapi yang membuatkan siz tersedak sebab nak tergelak bila terbaca ayat ini "p/s : Jangan lupa sembahyang" Kenapa? Sebab ayat itu lah yang bro Ridhwan tulis dalam buku Amerika Siz! Just put it this way. His works are all mind blowing. Long short. Thin thick. He is twisted and definitely in his own world!

Nadia Khan : hihihihih sifat romantis Dan ending cerita cliffhanger masih Kekal.

Gina : bukan ngeri dah NIH....serum terus bulu Roma!

Adib : masih dalam duni fantasi. BAGUS!

Dayang Noor : Hebat! Rupanya dia boleh menulis selain genre IT. ( Hye Kak Dayang! )

Zara! : Bakat fresh from the oven. Pandai bermain ayat Dan out of the box! Memang Ada unsur 'terkaftab' . Tapi jangan risau! Very light. Siapa sangka sperm,Kopi Dan jubah boleh bersatu kan?



Okie...tunggu Bahagian kedua!



View all my reviews



[Siz] Honestly..

Banyak giler buku nak dibaca and di review sekarang nih.

Writer's block pulak dah unblocked.

habis ber keceramuk dalam otak nih.

Seriously I am reading too many books now.

4-5 buku dalam masa yang sama.

Lepas baca beberapa muka surat MAUTOPIA,

baca pulak NAKAL,

Then baca ROOM,

Selak pulak BISIK,

Then sambung tulis certot!

ishk. otak  jam DOH!

Sampai buku self motivation pun Siz bantai baca.

hahahahahahaha

Dunia ku dah kembali normal sebenarnya.

Hidupku sememangnya kelamkabut

Memang bagus macam ini.

It makes me feel that I AM ALIVE!

Dulu terperuk emo and depressed memanjang.

SELAMAT TINGGAL 
ZAMAN DEPRESSION KU!

p/s petang nih larat ke aku nak berbasikal? Beli basikal lipat rm280.





Friday, March 16, 2012

[Siz] Menang Pertandingan Facebook Fixi!

Ketika rancak berFB dengan Ridhwan Saidi mengenai filem Bunohan dan ada 2-3 perkara lagik pada petang semalam.

Tetiba bro Ridhwan gave this comment 




 Alhamdulillah , siz menang untuk kedua-dua entry yang telah dihantar.

Atas sokongan Hairul Nizam 
dan juga parents
[ well my parents have been pushing me real hard to write something and get it published]
Siz telah emel kepada Fixi dua certot [cerita ketot] ini

##############################################

#1

“Bangun”
Siz terasa telinganya dihembus dengan perkataan itu.
”Bangun”
Siz toleh ke kiri dan ke kanan.
”Bangun”
Siz buka mata dan terlihat di belah kanannya ada seorang perempuan duduk dekat dengannya. Seolah-olah perempuan itu hendak mencium telinganya.
Siz terus bangun. ”Siapa kau?!”
”Shhh...jangan jerit.Hospital ni. Awak orang baru ye?” bisik perempuan itu.
Siz lihat pakaian perempuan itu.Kemudian melihat sekeliling sebelum melihat pakaiannya sendiri. Betul. Dia berada di hospital dan semua penghuni di atas katil semua sedang tido nyenyak memakai baju yang sama dengannya.
”Berapa pil awak telan?” perempuan itu tanya.
Siz tidak hiraukan perempuan itu. Kepalanya sakit dan dunia seakan berputar. Pening. Dia tarik selimut dan sambung tido.

”SAYA DULU! SAYA NAK DULU!”
Kelopak mata Siz terus terbuka .Terkejut dengan jeritan yang tidak henti.Beberapa pesakit edang berebut untuk mendapat giliran pertama. Tapi untuk apa?
”Eh! Awak dah bangun.Saya rasa awak tak kena kot. Tapi kami kena, jadi nak kena berebut nih.ECT best tau! Electroconvulsive Therapy. Glamour gitu!  ” kata perempuan yang berbisik pada telinganya ”NURSE! NURSE! SAYA DULU!”
Apahal pulak ni?

Siz duduk di depan steering sambil melihat pil-pil biru dan putih. Siapa sangka, pil-pil tersebut dan kesan kejadian selepas itu akan menghancurkan hidupnya selama-lamanya. Setelah puas ditenung dia menakup tangan kanan yang dipenuhi dengan pil-pil dua warna itu ke mulut dan di telan pil-pil itu dengan air mineral. Ini bukan cubaan pertamanya untuk  membunuh diri. Tapi kali ini dia tak akan terkulai dan membiarkan dirinya tido selama 3 hari 3 malam sebelum rakan serumahnya sedar apa yang dia telah cuba lakukan - cubaan membunuh diri yang tidak menjadi. Ubat-ubat tido dan anti-depression nya hanya mampu membuatkan dia tido. Jadi, kali ini dia telah menelan tiga kali ganda dari cubaannya yang terakhir. ”Baik ko makan banyak-banyak. Sure menjadi kali ni” bisik hati nya.Siz memulakan perjalanannya ke hospital

####################################

#2


Aku membuka mata.
Kenapa gelap? Eh kepala ku terhantuk.Apa ni?
Aku meraba keadaan sekeliling aku.
Aku dalam apa nih? Berbaring merengkuk seperti fetus di dalam perut ibunya tercinta. Aku dengar betul-betul .
Dalam kereta? Dalam booth kereta?!
Terus aku menumbuk-numbuk permukaan atas booth kereta dengan kepala. Kaki dan tangan ku terikat rapi.
Apa maknanya semua ini?

”Jangan bising. Nanti mak kita dengar. Mak kita nanti marah awak.” Tetiba ada suara berbisik di sebelah kiri ku.
Aku mula nak bertanya kepada bisikan kanak-kanak itu. Tapi mulut aku dah di lekatkan dengan pita.
”Baik awak tido dulu. Mak kita tengah bayar duit minyak kat kaunter. Abang duduk diam diam tau.”
Aku tergamam. Apa dah jadi ni. Mak dia? Siapa dia?!
”Awak! Mak kita dah datang. Tido dulu tau. Jauh lagi  rasanya. Selalunya mak kita akan drive dari petang sampai esok pagi.” Kanak-kanak itu berbisik lagi.

Aku dengar mak kanak-kanak itu mengisi perut kereta dengan minyak. Kuat bau petrol. Aku cuba sedaya upaya tidak memangis. Walaupun aku lelaki, aku tetap ada perasaan takut. Siapa tak takut bila tetiba aja terjaga dalam keadaan macam ini.

Pintu dibuka dan ditutup.
” Nah! Mak belikan makanan untuk Sophea. Kenapa duduk belakang tuh? Mari teman mak kat depan ni.”
”Tengah cari  barang nih mak. Jap eh Sophea duduk depan.”
Aku terasa kereta bergoyang. Mungkin budak Sophea tuh tengah panjat untuk ke kerusi sebelah maknya.Kereta terus dipandu laju.

Sophea? Siapa Sophea? Mana mak dia nak bawa aku pergi? Apa dosaku sehingga di humban dalam ruang sempit!

”Tempat sama ke Mak?” budak Sophea tanya Maknya.
”Tempat sama la Sophea. Macam tak biasa la pulak. Dah 6 tahun kita buat kerja ni Sophea.”

Radio kereta di pasang. Terdengar suara Bo menyanyikan Lagu. Cerianya anak beranak nih. Seronok pulak diarang. Aku nih tersepit macam nih. Motif?!


#########################################


Siapa Hairul Nizam? 

Mr Hairul is someone I met coincidently somewhere in this universe.

He gave me the strength to move forward in life.

We would always go to Indie events and buy books.

"Kenapa korang beli satu copy jer? Beli la dua, tak yah berebut" kata Oreen.

The reason?
#1 Safe money
#2 Safe money
#3 Safe money

So we would both read the one copy and share our thoughts and views 
regarding the novels/ short stories.

Semuanya di kupas dengan teliti dan out of the box.

Sampai gado- gado tuh!

Hahahahahah!

[ yang kat belakang tuh my bff - Wan Rozita! ]






Tuesday, March 6, 2012

[Buku] Dendam karya Affifudin Omar


DendamDendam by Affifudin Omar
My rating: 4 of 5 stars

Seperti biasa, saya tidak berasa kecewa bila membaca buku terbitan Fixi! Tahniah saya ingin ucapkan kepada Team Buku Fixi yang bijak memilih penulis.

Buku Dendam ini telah berjaya menceritakan bagaimana perasaan dendam ini boleh membuat sesorang melakukan sesuatu diluar jangkaan, walaupun pada asalnya mangsa kejadian bukanlah watak utama dalam novel ini.Dendamnya kepada orang lain telah membuatkan dia 'terpsaksa' melakukan perkara yang kurang menyenangkan kepada pihak yang tidak ada kaitan dengan dendam utamanya. Kehidupan, hati dan kepercayaan seseorang telah di hancurkan oleh watak utama , Khalil Gibran.

Saya juga telah didedahkan bagaimana sesorang yang mempunyai kuasa dan wang mampu mendominasi sesebuah kerajaan dan negara. Wang ringgit dan kekayaan dapat mengaburi mata sesiapa, termasuk yang alim, warak dan patuh pada 'rules and regulations'

Ahamdulillah, novel ini juga dapat memberi panduan kepada mereka yang ingin kembali kepangkal jalan.

Plot ceritanya menarik dan membuatkan saya tidak senang duduk sebab ingin tahu apakah nasib  Khalil Gibran di dalam 'permainan-permainan minda nya'.



Masa yang diambil untuk membaca buku ini hanyalah dua hari.


View all my reviews





Monday, January 30, 2012

[Buku] Kougar karya Shaz Johar

KougarKougar by Shaz Johar

My rating: 4 of 5 stars


"sampah!" tergamam pulak bila terdengar seorang perempuan bagi komen tentang buku nih.
Bukannya apa, Siz masa itu sedang khusyuk membaca buku Kougar karya Shaz Johar ni. Tak relevan rasanya untuk menggunakan perkataan SAMPAH sebagai satu perkataan untuk describe buku ni.
Anyway, baik Siz bagi my own review about this book. Shaz Johar has fresh ideas and storyline. Seriously! Siz Lebih suka buku Kougar sebab? Shaz telah menceritakan bagaimana seorang wanita yang suka 'anak ikan'. Hahahahaha. Sebab? Perkataan anak ikan ni membawa banyak maksud untuk individu yang berlainan. Among my friends 'anak ikan' Ada maksudnya tersendiri. Another interesting part is that, Shaz telah menulis mengenai realiti kehidupan sekarang. Ramai 'cougars' actually di kalangan masyarakat kita. In my opinion, younger guys are less egoistic and more romantic! Ngeeeeee.... Lagi satu part best is the idea yang orang yang kononnya alim nih kebanyakkannya ingat dia tuh holier than thou. Dan selalunya menggunakan agama sebagai alasan untuk melakukan kejahatan. ( tak semua ya- kebanyakkan yang siz kenal Ada perangai mcm NIH) ... Shaz has received some negative reviews about this book...but then he was just writing down the TRUTH about Malays nowadays...Shaz is brave ... basically, Shaz telah berjaya sekali lagi membuat Siz terkesima! Great work !



View all my reviews

Wednesday, January 25, 2012

[Buku] Tabu karya Shaz Johar

TabuTabu by Shaz Johar

My rating: 5 of 5 stars


Beli buku ini semasa pelancarannya - BOCO 2011 . Berpeluang menemui penulisnya - Shaz!

Telah baca buku ni 'in one sitting'. Sebab? Too hot to put it down.

Betul kata Ridhwan Saidi, Bibiana ni baik orangnya.

Cara Shaz menulis membuatkan saya ingin terus membaca. Bahasa Dan Jalan ceritanya sangat santai. Sesuai untuk org stressed out macam saya. Ending yag sangat FRESH.

Kalau anda ingin membaca buku yang penuh dengan cliche, forget it.
Bibiana sangat ihklas orangnya. Walaupun kadang kala kita boleh agak apa yang akan terjadi, kita masih lagik hendak membacanya sebab pengalaman-pengalaman Bibiana dalam Tabu sangat menarik. Perasaan ingin explore dengan lebih lanjut perjalanan hidup Bibiana membuatkan kita terus membaca dan membaca.

Syabas Shaz dan FIXI sebab dari an avid english novel reader . saya sekarang lebih kenderung untuk membaca buku by Malaysian authors!



View all my reviews

[Buku] Jerat karya Dayang Noor

JERATJERAT by Dayang Noor

My rating: 4 of 5 stars


FUH! baca buku nih dalam satu hari, dalam keadaan demam tapi still tak nak lepaskan buku nih.
Plot nye menarik walaupun jargon IT banyak, tapi watak Shereen sangat menarik.
Ending membuatkan saya kata " OMGness!"



View all my reviews

[Buku] Kelabu tulisan Nadia Khan

KelabuKelabu by Nadia Khan

My rating: 3 of 5 stars


Buku ini saya beli masa Pelancarannya di BOCO 2011. Berpeluang menemui penulisnya !
Okie malam tadik tak boleh nak tido - 3am - terus sambar buku nih dari kepala katil ( dimana semua buku yang dibeli dan belum dibaca dok tersusun!)
Entah macam mana teruuuuuuuuuuuuussss baca sampai ke mukasurat 110! giler ar...serious takleh nak lepas.
Tido? - tertido la jugak sebab dah kul 5am! hahahahaha....Balik nih nak sambung!

One word to describe : WHAT A TWIST!

Serious...1/2 of the book saya dok la fikir jalan cerita A ...tapi di pertengahan buku, jalan cerita B and C pulak! I did not expect such a drastic change in the plot.

But the ending ..superb! siap jerit YES!

Amir digambarkan sebagai seorang lelaki yang baik dan sangat gentelman dalam menangani masaalahnya dengan Jun. Tapi entah kenapa saya lebih tertarik dengan Shah ( Kawan baik Amir )

Conflict dalaman Amir amat complicated tapi memang terjadi dikalangan rakyat Malaysia - Ibunya tinggalkan nya disebabkan Amir sakit ( giler kan , Mak sanggup tinggalkan anaknya yang sakit )

Jun pulak - typical budak college.





View all my reviews

Thursday, January 5, 2012

[Buku] Cekik by Fixi

CekikCekik by Ridhwan Saidi

My rating: 5 of 5 stars


OOOoookkkiiiieee...masa Kakashi baca buku nih...dia banyak ngomel pasal buku nih...so biler buku nih dia dah habis baca, dia pas kepada saya. And saya pon baca...patut la @Obefiend beri sedikit comment pasal buku nih dalam blog dia...buku nih memang one in a million...and like kakashi said to me...satu dalam sejuta kot benda macam nih nak berlaku di Malaysia...hahaha..betul2...tapi sehingga kini ..[yes lepas dah habis baca pon - dalam sekelip mata jer tetiba dah muka surat akhir]....ada satu persoalan yang masih terngiang-ngiang di fikiran nih..SIAPA?
tidak dinafikan buku ini 18sx..hihihi dan kurang sesuai bagi mereka yang suka akan buku yang skema dan 'not out of the box'. Buku kedua karya Ridhwan Saidi tidak kurang hebatnya ....sebab ia masih 18sx dan banyak 'deep topics'....SEKIAN! :)



View all my reviews



Thursday, December 29, 2011

[Buku] Buku Fixi?






Okie, I have to admit that I have bought all of their books.

And Cekik by Ridhwan Saidi is my first Fixi book ( currently reading ).

No doubt Cekik is removed from Major Bookstore's shelves due to its 18sx nature,


Click to read a few pages

but I bet I will enjoy reading their other books too.

I had to buy the book Cekik since I love Ridhwan Saidi's 2nd book : Amerika.

Do visit Mr Ridhwan Saidi's blog: http://binfilem.blogspot.com/

and also

http://fixi.com.my/

and

Fixi's Facebook

and

Fixi's Twitter : 

Anyway, I have been too quite a few of Indie Books Bazaar and the  latest is BOCO 2011.

It was the launching of TABU and KELABU.

I even managed to buy this book :

Sulalatus Salatin  - A book about Sejarah Melayu.


Yesterday I read Harian Metro's article saying that Fixi's PECAH will be a film/movie! 


YIPEE to Fixi!


[ I first got to know this at BOCO 2011 ]


Article 1 & Article 2



I  am still an avid reader -
it is just that
now I am more interested to read Malaysian Indie books by Malaysians!

They are more daring and down to earth.

Seriously they are not hypocrites.

They write the TRUTH or what is REALLY happening among Malaysians that we tend to hide.

Questions about sex , religion , politics which are often a taboo is actually answered here -
 in some of their books , that is.


And yes Fixi -

YOU DAH BERJAYA MENARIK MINAT PEMBACA BUKU BI !

Me and Miss Oreen!



loveNmarriage

World Wide Web