Friday, June 25, 2010

Emel Hari Ini 25/06/2010

Salam, anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya.
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

1. Kesilapan Pertama :
Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan Kedua :
Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan Ketiga :
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan Keempat :
Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan Kelima :
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan Keenam :
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

7. Kesilapan Ketujuh :
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan Kelapan :
Susunan rumah tangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan Kesembilan :
Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan Kesepuluh :
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan Kesebelas :
Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

12. Kesilapan Kedua belas :
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton sama ada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

13. Kesilapan Ketiga belas :
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Renung-renungkan dan selamat beramal...
Ya Allah permudahkan lah urusan dunia ku.. dan permudahkan lah urusan akhirat ku... semoga aku menajdi hamba mu yang bersyukur dan menjadi bapa yang beriman serta berupaya membawa keluarga ku ke jalan Mu.... aminn


"KOMUNITI BERDAYA DESA BERJAYA"
MOHD ZAMRI BIN MD SAAD
Penolong Setiausaha (TW) T1
Unit Kemajuan Tanah

0 comments:

loveNmarriage

World Wide Web