2-3 minggu lepas, rkan sekerja rekomen supaya kita baca majalah ini.
Banyak informasi dan majalah ini boleh dibuat rujukan.
Dan boleh baca banyak kali.
Kita setuju!!
Antara topik yang menarik dalam majalah ni:-
Dakwah yang Versatile.
Busana Patuh Syariah.
Ya Allah, Panjangkan Usiaku.
Gah kerana Islam.
Tafsir Surah al-Insyirah : Motivasi Buat Rasulullah.
Orang Bijak Panjang Umur.
Bila isteri 'mengamuk'.
Jalan Keluar Kemelut Kewangan.
Ciri-ciri Suami Idaman.
Harta Sepencarian : Suami Isteri Boleh Tuntut.
Antara ruangan-ruangan di dalam majalah ini :-
Hai Anak!
Soal Jawab Solat.
Solat Jawab Fiqah
Soal Jawab Muamalat.
Soal Cinta.
Pesan Nenek.
Fiqah Wanita.
Faraid.
I-PODS.
Petikan-petikan dari majalah ini :
"Bencana sosial dan seksual umat Melayu Islam di negara hari ini semakin menruncing dan amat membimbangkan. Ramai yang kebingungan melihat perkembangan negatif ini " - ms14
"Satu persoalan yang sangat relevan dan signifikan berkenaan umur adalah bagaimana menggunakannya dengan optimum? Walaupun setiap manusia tidak tahu apakah usianya pendek atau panjang tetapi itu persoalan yang kurang utama. Apa yang lebih utama adalah bagaimana menggunakan usia iti untuk membuat sebanyak-banyak kebaikan dan meminimumkan kejahatan. Apakah usia boleh dipanjangkan? jika boleh bagaimana?" ms20
"Adakah kehidupan kita semakin sempit atau lapang? Apakah saban hari, kita merasakan semakin selesa dan gembira denhan apa yang kita lalui, atau sebaliknya semkin rasa terseksa dan tertekan dengan kehidupan seharian?" ms27
" Sangat mengerikan! Saban hari dipaparkan di kaca TV berita kes pembuangan bayi. Bayi-bayi yang masuih merah berserta tali pusat yang belim dipotong, tergamak dicampakkan ke dalam tong sampah, ditinggalkan di tepi sungai dan sebagainya. Sikap kemanusiaan terutamanya sifat belas kasihan seolah-olah tiada wujud." ms 30
"Ramai orang sering mengeluh: Oh, saya tak cukup masa, Ataupun Masa berlalu begitu pantas" ms44
So amacam?..Jom baca!
0 comments:
Post a Comment