Tuesday, March 27, 2012

[Review Buku ] Kopi : Bahagian I

KopiKopi by Amir Muhammad

My rating: 4 of 5 stars


Okie.sejujurnya, buku Kopi nih masih lagi siz hirup sikit demi sikit. so, pendek kata review buku Kopi siz akan ada Bahagian Kedua.

1. Shaz Johar masih lagik mengekalkan tema ironinya dalam Kopi 3 Rasa. Jenuh argue dengan Zam mengenai erti KOPI O dalam cerpen tuh. Tapi ternyata, lepas tonton short filem Kopi 3 Rasa, ternyata interpretation Siz Tepat!

2. Ridhwan Saidi...ishk! This guy is extremely absolutely talented ( actually pada masa yang sama siz sedang baca bukunya yang terbaru MAUTOPIA. Pening sikit sebab dah macam buku literature zaman Siz ambik American Literature do Universiti jadinya ) . Tapi yang membuatkan siz tersedak sebab nak tergelak bila terbaca ayat ini "p/s : Jangan lupa sembahyang" Kenapa? Sebab ayat itu lah yang bro Ridhwan tulis dalam buku Amerika Siz! Just put it this way. His works are all mind blowing. Long short. Thin thick. He is twisted and definitely in his own world!

Nadia Khan : hihihihih sifat romantis Dan ending cerita cliffhanger masih Kekal.

Gina : bukan ngeri dah NIH....serum terus bulu Roma!

Adib : masih dalam duni fantasi. BAGUS!

Dayang Noor : Hebat! Rupanya dia boleh menulis selain genre IT. ( Hye Kak Dayang! )

Zara! : Bakat fresh from the oven. Pandai bermain ayat Dan out of the box! Memang Ada unsur 'terkaftab' . Tapi jangan risau! Very light. Siapa sangka sperm,Kopi Dan jubah boleh bersatu kan?



Okie...tunggu Bahagian kedua!



View all my reviews



[Siz] Honestly..

Banyak giler buku nak dibaca and di review sekarang nih.

Writer's block pulak dah unblocked.

habis ber keceramuk dalam otak nih.

Seriously I am reading too many books now.

4-5 buku dalam masa yang sama.

Lepas baca beberapa muka surat MAUTOPIA,

baca pulak NAKAL,

Then baca ROOM,

Selak pulak BISIK,

Then sambung tulis certot!

ishk. otak  jam DOH!

Sampai buku self motivation pun Siz bantai baca.

hahahahahahaha

Dunia ku dah kembali normal sebenarnya.

Hidupku sememangnya kelamkabut

Memang bagus macam ini.

It makes me feel that I AM ALIVE!

Dulu terperuk emo and depressed memanjang.

SELAMAT TINGGAL 
ZAMAN DEPRESSION KU!

p/s petang nih larat ke aku nak berbasikal? Beli basikal lipat rm280.





[Video] Promo Lejen Press !!




Friday, March 23, 2012

[Video] Bipolar Disorder


I was told 'off' by a few people , 
that I should not be talking about my illness.
Reason?
They are scared that they might 'catch' it too ,
 i might transfer this illness to them.
I was like " WTH?!"
But seriously, I am adamant that I should not be denying the fact that I have Bipolar 
as I was diagnosed by a psychiatrist 
and have been taking medication for years.
Self denial would bring me nowhere!
I would only refuse treatment and any help.
plus it WOULD LEAD TO  SUICIDE ATTEMPTS =DEATH !

This is just my effort to compile some videos regarding Bipolar Disorder. 
I hope it is informative and would benefit all.


Video 1 : 5 Types of Bipolar Disorder (Mental Health Guru)




Video 2 : Living with Bipolar Disorder
Bipolar disorder or manic-depressive disorder, which is also referred to as bipolar affective disorder or manic depression, is a psychiatric diagnosis that describes a category of mood disorders defined by the presence of one or more episodes of abnormally elevated energy levels, cognition, and mood with or without one or more depressive episodes. The elevated moods are clinically referred to as mania or, if milder, hypomania. Individuals who experience manic episodes also commonly experience depressive episodes, or symptoms, or mixed episodes in which features of both mania and depression are present at the same time. These episodes are usually separated by periods of "normal" mood; but, in some individuals, depression and mania may rapidly alternate, which is known as rapid cycling. Extreme manic episodes can sometimes lead to such psychotic symptoms as delusions and hallucinations. The disorder has been subdivided into bipolar I, bipolar II, cyclothymia, and other types, based on the nature and severity of mood episodes experienced; the range is often described as the bipolar spectrum.


Video 3 : A-Z OF FAMOUS PEOPLE WITH BIPOLAR DISORDER


Video 4 : HOW IT FEELS TO BE BIPOLAR!


Video 5 : 4 Rules for you and for a relationship with bPD



Video 6 : How I would describe Bipolar Disorder........


Video 7 : Basics of Bipolar Disorder


Video 8 : Torn: A Family's Struggle With Bipolar Disorder




Video 9 : Bipolar what it is really



Video 10 : My Bipolar Story



Friday, March 16, 2012

[Siz] Menang Pertandingan Facebook Fixi!

Ketika rancak berFB dengan Ridhwan Saidi mengenai filem Bunohan dan ada 2-3 perkara lagik pada petang semalam.

Tetiba bro Ridhwan gave this comment 




 Alhamdulillah , siz menang untuk kedua-dua entry yang telah dihantar.

Atas sokongan Hairul Nizam 
dan juga parents
[ well my parents have been pushing me real hard to write something and get it published]
Siz telah emel kepada Fixi dua certot [cerita ketot] ini

##############################################

#1

“Bangun”
Siz terasa telinganya dihembus dengan perkataan itu.
”Bangun”
Siz toleh ke kiri dan ke kanan.
”Bangun”
Siz buka mata dan terlihat di belah kanannya ada seorang perempuan duduk dekat dengannya. Seolah-olah perempuan itu hendak mencium telinganya.
Siz terus bangun. ”Siapa kau?!”
”Shhh...jangan jerit.Hospital ni. Awak orang baru ye?” bisik perempuan itu.
Siz lihat pakaian perempuan itu.Kemudian melihat sekeliling sebelum melihat pakaiannya sendiri. Betul. Dia berada di hospital dan semua penghuni di atas katil semua sedang tido nyenyak memakai baju yang sama dengannya.
”Berapa pil awak telan?” perempuan itu tanya.
Siz tidak hiraukan perempuan itu. Kepalanya sakit dan dunia seakan berputar. Pening. Dia tarik selimut dan sambung tido.

”SAYA DULU! SAYA NAK DULU!”
Kelopak mata Siz terus terbuka .Terkejut dengan jeritan yang tidak henti.Beberapa pesakit edang berebut untuk mendapat giliran pertama. Tapi untuk apa?
”Eh! Awak dah bangun.Saya rasa awak tak kena kot. Tapi kami kena, jadi nak kena berebut nih.ECT best tau! Electroconvulsive Therapy. Glamour gitu!  ” kata perempuan yang berbisik pada telinganya ”NURSE! NURSE! SAYA DULU!”
Apahal pulak ni?

Siz duduk di depan steering sambil melihat pil-pil biru dan putih. Siapa sangka, pil-pil tersebut dan kesan kejadian selepas itu akan menghancurkan hidupnya selama-lamanya. Setelah puas ditenung dia menakup tangan kanan yang dipenuhi dengan pil-pil dua warna itu ke mulut dan di telan pil-pil itu dengan air mineral. Ini bukan cubaan pertamanya untuk  membunuh diri. Tapi kali ini dia tak akan terkulai dan membiarkan dirinya tido selama 3 hari 3 malam sebelum rakan serumahnya sedar apa yang dia telah cuba lakukan - cubaan membunuh diri yang tidak menjadi. Ubat-ubat tido dan anti-depression nya hanya mampu membuatkan dia tido. Jadi, kali ini dia telah menelan tiga kali ganda dari cubaannya yang terakhir. ”Baik ko makan banyak-banyak. Sure menjadi kali ni” bisik hati nya.Siz memulakan perjalanannya ke hospital

####################################

#2


Aku membuka mata.
Kenapa gelap? Eh kepala ku terhantuk.Apa ni?
Aku meraba keadaan sekeliling aku.
Aku dalam apa nih? Berbaring merengkuk seperti fetus di dalam perut ibunya tercinta. Aku dengar betul-betul .
Dalam kereta? Dalam booth kereta?!
Terus aku menumbuk-numbuk permukaan atas booth kereta dengan kepala. Kaki dan tangan ku terikat rapi.
Apa maknanya semua ini?

”Jangan bising. Nanti mak kita dengar. Mak kita nanti marah awak.” Tetiba ada suara berbisik di sebelah kiri ku.
Aku mula nak bertanya kepada bisikan kanak-kanak itu. Tapi mulut aku dah di lekatkan dengan pita.
”Baik awak tido dulu. Mak kita tengah bayar duit minyak kat kaunter. Abang duduk diam diam tau.”
Aku tergamam. Apa dah jadi ni. Mak dia? Siapa dia?!
”Awak! Mak kita dah datang. Tido dulu tau. Jauh lagi  rasanya. Selalunya mak kita akan drive dari petang sampai esok pagi.” Kanak-kanak itu berbisik lagi.

Aku dengar mak kanak-kanak itu mengisi perut kereta dengan minyak. Kuat bau petrol. Aku cuba sedaya upaya tidak memangis. Walaupun aku lelaki, aku tetap ada perasaan takut. Siapa tak takut bila tetiba aja terjaga dalam keadaan macam ini.

Pintu dibuka dan ditutup.
” Nah! Mak belikan makanan untuk Sophea. Kenapa duduk belakang tuh? Mari teman mak kat depan ni.”
”Tengah cari  barang nih mak. Jap eh Sophea duduk depan.”
Aku terasa kereta bergoyang. Mungkin budak Sophea tuh tengah panjat untuk ke kerusi sebelah maknya.Kereta terus dipandu laju.

Sophea? Siapa Sophea? Mana mak dia nak bawa aku pergi? Apa dosaku sehingga di humban dalam ruang sempit!

”Tempat sama ke Mak?” budak Sophea tanya Maknya.
”Tempat sama la Sophea. Macam tak biasa la pulak. Dah 6 tahun kita buat kerja ni Sophea.”

Radio kereta di pasang. Terdengar suara Bo menyanyikan Lagu. Cerianya anak beranak nih. Seronok pulak diarang. Aku nih tersepit macam nih. Motif?!


#########################################


Siapa Hairul Nizam? 

Mr Hairul is someone I met coincidently somewhere in this universe.

He gave me the strength to move forward in life.

We would always go to Indie events and buy books.

"Kenapa korang beli satu copy jer? Beli la dua, tak yah berebut" kata Oreen.

The reason?
#1 Safe money
#2 Safe money
#3 Safe money

So we would both read the one copy and share our thoughts and views 
regarding the novels/ short stories.

Semuanya di kupas dengan teliti dan out of the box.

Sampai gado- gado tuh!

Hahahahahah!

[ yang kat belakang tuh my bff - Wan Rozita! ]






Friday, March 9, 2012

[Info] MyMagnetic Group Sdn Bhd.


Sambil makan lunch , sambil tuh belek surat khabar Berita Harian.

Tertarik pulak dengan artikel nih.

Idea cukup menarik.

" Tiga sekawan gabung tenaga ,
 idea jadi usahawan pelekat magnet peti sejuk" 

http://mymagnetized.com

 Produk - produk yang dijual :-


» MyMagnetic Menu

» MyMagnetic Bookmark

» MyMagnetic Items

» MyMagnetic Greeting Cards

» MyMagnetic Car Magnet




Selamat menjamu mata dan membeli!

Tuesday, March 6, 2012

[Buku] Dendam karya Affifudin Omar


DendamDendam by Affifudin Omar
My rating: 4 of 5 stars

Seperti biasa, saya tidak berasa kecewa bila membaca buku terbitan Fixi! Tahniah saya ingin ucapkan kepada Team Buku Fixi yang bijak memilih penulis.

Buku Dendam ini telah berjaya menceritakan bagaimana perasaan dendam ini boleh membuat sesorang melakukan sesuatu diluar jangkaan, walaupun pada asalnya mangsa kejadian bukanlah watak utama dalam novel ini.Dendamnya kepada orang lain telah membuatkan dia 'terpsaksa' melakukan perkara yang kurang menyenangkan kepada pihak yang tidak ada kaitan dengan dendam utamanya. Kehidupan, hati dan kepercayaan seseorang telah di hancurkan oleh watak utama , Khalil Gibran.

Saya juga telah didedahkan bagaimana sesorang yang mempunyai kuasa dan wang mampu mendominasi sesebuah kerajaan dan negara. Wang ringgit dan kekayaan dapat mengaburi mata sesiapa, termasuk yang alim, warak dan patuh pada 'rules and regulations'

Ahamdulillah, novel ini juga dapat memberi panduan kepada mereka yang ingin kembali kepangkal jalan.

Plot ceritanya menarik dan membuatkan saya tidak senang duduk sebab ingin tahu apakah nasib  Khalil Gibran di dalam 'permainan-permainan minda nya'.



Masa yang diambil untuk membaca buku ini hanyalah dua hari.


View all my reviews





loveNmarriage

World Wide Web