Sunday, May 30, 2010

Why we should suggest The Four Day Work Week.

Reason #1
the impact a 4 day work week could have on crude oil imports.

Reason #2
The 4 Day Work Week would reduce greenhouse gas emissions and other air pollutants.

Reason #3
The 4 Day Work Week would reduce workers exposure to pollutants.

Reason #4
The 4 Day Work Week would mean less traffic congestion.

Reason #5
The 4 Day Work Week would reduce money spent on new road construction and existing road maintenance.

Reason #6
The 4 Day Work Week would result in a reduction in personal expenses.

For reason #7-#16 and also for elaborations on each reason

Cheap used Books!




Yipee! another blog that sells cheap used books
http://lelee-books.blogspot.com/

above are some books that are available.


Isu Bersanggul Tinggi

Rasulullah s.a.w bersabda:

dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


p/s thanks Kak Nina Nazri


Saturday, May 29, 2010

Fight Club [Movie Vs Book]

Info on Movie



Saw the movie for the first time yesterday.
Then i bought the book at amcorp mall for rm18.
It is kinda difficult to get hold of the book.
But i know a shop that sells rare books for rm20 and less.
but if u are willing to pay, you can buy it at

So tonight,
i will be reading the book.

Fight Club is listed in movies about
together with :

I admire Edward Norton.
He has his own style.


Thursday, May 27, 2010

TEST YOUR PRESSURE





The pictures are non-animated pictures.
They are related to your pressure level.
If you see them to move, then that means you have pressure currently.
The speed of the moving is the level of your pressure.
The higher that moving speed, the higher pressure you have.
Most children and old men only see the pictures are not moving and keep still.
I saw them move in a slow motion, that's mean I have a bit pressure currently.
Test yourself regularly with these pictures to know yourself better.
Sometimes, it is good to have a appropriate pressure to push us to do better,
but too much pressure can cause us to the end of the edge.
Be relax when you know you have too much pressure inside !

free chocolate buffet

Called them and it is true!..so who is going? do call me...
We can meet up.
It is at Wisma Kagumas
no8, Jalan Jalan 9/1
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
03-8925-6136
I know
PUAN WAN ROZITA
IS GOING WITH ME
KAN?


The Shopaholic in Me

Well, for the past few days some of my friends asked me about which bag to buy for their loved ones.
For the past years , some also asked me to order and sent some items to that someone. [gf/wife]
So now i have decided to add two labels to my blog.
BAGSBAGSBAGS
on9shops
So have fun ya peeps!

Tuesday, May 25, 2010

Bag Bag Bag!


IbuBapa


Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya.
Beginilah kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah.
Apabila saya inginpulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. S
eakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar.
Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah.
Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang.
Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham.
Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit.
Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,"
Bisik saya kepada emak.
Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu.
Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....
Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak,
saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya.
Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota.
Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.
Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit.
Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun.
Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah.
Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan.
Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung.
Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang
hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah.
Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima.
Tidak kira berapa jumlahnya.
Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran.
Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang.
Ayah akansetiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.
Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu.
Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar.
Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas,
tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri.
Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya.
Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,
ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara.
Ekonomi keluarga sudah agak stabil.
Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu,
tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan,
duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.
Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya.
Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya.
Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah,
kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya.
Tidak semacam dulu lagi,
duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah.
Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit.
Perniagaan semakin rancak.
Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian.
Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak.
Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu.
Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH.
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia,
lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat.
Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita
(walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda).
Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri.
Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi,
tetapi percayalah rezeki berganda akan ulang kepada kita semula.
DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan
oleh tokoh korporat.
Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.
Masih punya ibubapa?
MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda.
Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja.
Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

To MacBook or not?

A little bird told me
that MacBook is now
RM2899.00
WHAT!
how how how how?
i know my old friend iBook is getting sick often.
But would i be strong enough to replace him?

Monday, May 24, 2010

Tido 24minit.


TIDUR sekejap di waktu siang terutama pada waktu tengah hari
didapati amat berkesan untuk meningkatkan tenaga,
tumpuan dan produktiviti seseorang pekerja.
Biarpun ada yang beranggapan ia bukan sesuatu yang elok untuk diamalkan di tempat kerja,
jika diteliti dengan lebih mendalam,
tidur sekejap di waktu rehat tidaklah bermakna seseorang itu curi tulang atau ponteng kerja.

Di negara barat terutama Amerika Syarikat (AS),
pelbagai kajian sudah dijalankan dan mendapati bahawa 92.5 peratus pekerja
yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti
serta keupayaan mereka menyelesaikan masalah adalah jauh lebih tinggi.

Ia disebabkan waktu tengah hari adalah masa yang paling sesuai untuk berehat seketika
kerana sistem badan kita dikatakan memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur
pada waktu berkenaan yang juga dikenali sebagai kelesuan pada pertengahan hari.

Ini disebabkan keletihan bekerja lebih memuncak pada waktu tengah hari
dan ia mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan
tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.
Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala
dapat membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi,
memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah.

Ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah serta oksigen selain berupaya
memperbaiki sel badan dan mengendurkan otot yang digunakan secara aktif ketika bekerja.
Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula,
minda pekerja yang berpeluang berehat dengan tidur seketika akan menjadi lebih tenang daripada tekanan serta dikatakan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan
lebih produktif dan berkesan.

Kajian penyelidik Nasa menunjukkan, tidur siang selama 24 minit mampu memperbaiki kepekaan dan prestasi juruterbang dan tidak hairan jika tidur seketika di waktu tengah hari itu sudah menjadi amalan di negara maju seperti AS, Itali serta Sepanyol.

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail,
berkata merehatkan diri dengan melelapkan mata seketika di siang hari
mampu meningkatkan lagi produktiviti kerja seseorang individu.

Menurutnya,
waktu tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika
dan sistem pekerjaan yang diamalkan di negara ini
memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari
bagi dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak serta berehat.

Tidur sekejap selama lebih kurang 10 minit mampu mengembalikan tenaga yang hilang
dan amalan berkenaan amat sesuai bagi mereka yang sering berjaga malam
atau bangun untuk sembahyang tahajud.

Jelasnya,
pada waktu berkenaan minda manusia biasanya senang terganggu
serta mudah hilang fokus yang boleh menyebabkan produktiviti kerja terganggu.

"Sebenarnya amalan tidur sekejap ini sudah lama diamalkan di negara barat.
Majikan di sana amat menggalakkan pekerja mereka untuk berehat
dan melelapkan mata seketika pada waktu tengah hari.

"Tidur seketika pada waktu berkenaan mampu mengembalikan kesegaran badan serta fikiran. Jika badan dan fikiran segar, produktiviti kerja pun akan bertambah," katanya.

Penyelidik tidur Universiti Pennsylvania, Dr David Dinges,
pula berpendapat bahawa tidur sekejap sebenarnya boleh ‘membayar balik’
hutang tidur pada waktu malam.

"Tetapi tidur tidak boleh terlalu lama kerana jika melebihi 30 minit,
seseorang itu sukar untuk bangun kerana terlalu nyenyak," katanya.

Dalam pada itu, profesor psikologi, Universiti Cornell, AS, Dr James Maas,
berpendapat bahawa tidur pada waktu tengah hari sekitar 15 hingga 20 minit
sebenarnya sudah mencukupi untuk menjaga kesihatan dan mengembalikan tenaga.

Menurut Dr James,
waktu tidur yang mencukupi untuk golongan dewasa adalah sekitar lapan hingga sembilan jam manakala remaja, sembilan hingga 10 jam,
kanak-kanak (12 hingga 13 jam)
dan bayi, 17 jam sehari.

Berdasarkan kajian Dr Maas,
individu yang tidak mendapatkan tidur yang cukup mudah mengalami gejala kemurungan, potensi melakukan kesalahan dalam pekerjaan, sukar memberi tumpuan,
prestasi kerja yang buruk serta boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan.

"Dengan mendapatkan jumlah tidur yang mencukupi, seseorang itu boleh mengawal perasaan dengan baik dan pada masa sama, dapat menjaga kesihatan serta kecantikan," katanya.

Dr William A Anthony dan Camile W Anthony dalam buku mereka
The Art of Napping at Work menyifatkan bahawa tidur seketika di tempat kerja
adalah sesuatu yang semula jadi dan satu cara paling mudah untuk meningkatkan lagi produktiviti pekerja.

"Tidur seketika di waktu siang hari mampu meningkatkan semula tenaga.
Ia umpama menjana semula bateri yang semakin berkurangan
dan mengharmonikan kembali minda yang berserabut," kata mereka.
Kesimpulannya, jika berpeluang mendapat rehat di waktu tengah hari,
ambil masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk tidur bagi merehatkan seketika badan dan fikiran.

Ia boleh dilakukan sama ada di meja kerja,
di dalam kereta mahupun di bilik rehat bagi syarikat yang menyediakan kemudahan berkenaan.

Tidak rugi berehat seketika kerana selain mendapat banyak kebaikan,
ia juga mampu meningkatkan lagi daya tumpuan kita.

LoveMeow!

I saw this video in Lovemeow.com
So ADORABLE!
To watch the video : click here

Friday, May 21, 2010

Swatch 2010..

A:B: C:
D:E:F:
Yang mana satu pilihan hati untuk koleksi tahun ini?
Kalau korang pandai..cuba teka I pilih yang mana.
I belanja ice cream k!

Thursday, May 20, 2010

MJ Bags and Bags abd Bags









Okie i am drooling...really drooling...anyway, you can buy these gorgeous bags at

Facebook 2

2oth May 2010
Some points :

The latest glitch was revealed recently when Facebook said it had fi xed a security bug that allowed users to snoop on their friends’ private chats and view the pending friend requests by others.


...you could unwittingly expose your Web activities to your wife, employer or anyone of the hundreds of people who might be “friends” on Facebook but who in reality are just as likely to be mere acquaintances, work colleagues or rivals.


...52% of them posted personal information that could pose a threat to them and their families,


Facebook 1


Australian police warn teens about Facebook photos

SYDNEY: Australian police have warned teenagers about posting photographs of themselves on social networking sites such as Facebook after a young woman was allegedly murdered by an internet “friend”. Young people should ensure that only people they know are able to see their pictures and personal details such as their date of birth, school and home address, Detective Superintendent Peter Crawford said. “I can see no reason why you would want to have a photograph of a teenager or a young child accessible to anybody who wants to look at it on the internet,” said Queensland based Crawford yesterday.
“It’s not just the issue of the photograph. If someone is prepared to put their photograph, then they are generally also putting a lot of other information about themselves on the
internet.” The warning comes after a Sydney man was last week charged with murder after allegedly creating a bogus identity on Facebook and using it to lure 18-year-old Nona Belomes off to an isolated bushlandarea. Photos of Belomes off taken from her profile have been splashed across Australian newspapers, prompting New South Wales police to warn that too much online data is readily available to the public. “Don’t have a photo of yourself on Facebook. Have photos only open to friends,” Detective Superintendent John Kerlatec of the New South Wales police computer crime squad told The Daily Telegraph this week. “Treat each person you talk to as a complete stranger.” Crawford, who works on a child safety and sexual crime group, agreed young people were exposing themselves to unnecessary risk by having open profiles. “We’ve seen predators in the past who have looked on these sites and found information about particular individuals and have even gone to places where they know these children are going to be – for example their training for sport after school,” he said. – AFP



Tuesday, May 18, 2010

Wedges and Boots!

OMG again for today.

Take a look at these gorgeous wedges and boots!
So cool right?

Definitely getting this one! Doc Marts!

ARGH! red blood!

Caramel brown!



loveNmarriage

World Wide Web