Friday, November 12, 2010

kalau tak sayang .. tinggalkan diriku.

" Bercinta setahun - kahwin sehari.
 Punca utama berlaku 'perkahwinan singkat' ini kerana kurangnya komunikasi,
pasangan panas baran,masalah kewangan dan cmpur tangan orang ketiga"
- Harian Metro.Variasi m4. Jumaat, 12  November 2010.

Media banyak membongkar cerita rumahtangga yang runtuh.

Tapi takyah nak baca media - depan mata  Mieka pon dah banyak kes mcm nih.

ada 2-3 kes, kawan sendiri yang jadi pemusnah.

ada 2-3 kes, kawan sendiri yang dianiayai.

baik suami/isteri...semua sama saja - manusia biasa.

Masing-masing mengharapkan sesuatu dari pasangan. Tapi pasangan tidak dapat nak beri.

Pandangan Mieka mengenai hal ini :-

1.Mesti mendapat restu keluarga - yang ini sangat penting. "Blood is thicker than water"

2. Bertolak ansur dan bantu membantu. Tak salah kalau suami mop rumah kan? isteri pon manusia gak. Tak salah kalau isteri share gaji untuk keperluan rumah kan?.

3. Jangan kedekut - bila dah sorang kedekut - lagi sorang mula la berkira. hmmm. masalah jadinya.

4. Hargai pengorbanan. Kekadang pasangan Leka dengan hal nih. Do not take things for granted please. Nobody is perfect. Tapi takkan tak perasan pasangan berkorban demi kebahagian rumah tangga?

5. Jangan ego. Bila sorang merajuk . lagi sorang tuh gi la pujuk. nak merajuk pon jangan la lama-lama. Buruk perangai nama nya tuh - nanti jadi mengada-ngada la pulak-KAN?

6. Bezakan hak dan tanggungjawab. Pelajari dengan lebih mendalam mengenai dua perkara ini supaya tidak menimbulkan perselisihan faham.

7. Kadang-kadang tuh belikan la sesuatu yang istimewa untuk pasangan. Takyah mahal-mahal dik oit. Ais krim pon leh jugak. Takkan rm1 pon nak kedekut. hahahahahaha.

8. Jangan pandang rendah terhadap pasangan. Awak tuh tak la terror sangat pon kan?. Kalau terror dah lama jadi jutawan - genius - bla bla bla.

9. Peluk la pasangan anda. Tak rugi aih!.

10. Berusaha gigih untuk menghindari perpisahan.

11. Minta nsihat dari orang yang boleh dipercayai . Kekadang tuh tersilap orang daaa. Org tuh jadi batu api. ishk! SELISIH!
Perkara diatas mungkin nampak mudah dan simple. Tapi - MANUSIA MUDAH LUPA.

Tapi bila dah tiada jalan penyelesaian - tinggalkan.

Jangan menganyayai pasangan.
Kalau dah tak sayang pisah secara aman.
Jangan melukai hati pasangan.

Antara petikan dari Harian Metro - Jumaat, 12 November 2010.

Daripada Abu Sayid Bin al-Khudri, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya apabila seorang suami meratap isterinya dan isterinya pula membalas padangan dengan pandangan cinta dan kasih, lalu Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra. Jika suami membelai isteri, lalu dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari mereka"

Doa Mieka pada hari ini :-

"Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan. Diriku insan yang lemah. Berikan la petunjuk kepadaku agar aku dapat menjadi isteri,anak,menantu,kakak,ibusaudara dan rakan yang solehah.Hindari la diriku dari melakukan perkara terlarang olehMu"- Amin.


0 comments:

loveNmarriage

World Wide Web