Friday, March 1, 2013

Jom Tulis Cerpen : Bila Larut Malam

]3 | |\| /= | |_ [- |\/|


Ridhwan Saidi : "Dengan ini ingin saya jemput anda semua tulis cerpen bagi sebuah antologi cerpen terbitan Moka Mocha Ink berjudul BILA LARUT MALAM."




Sebuah antologi noir / giallo / kodian bertema penyiasatan. Tak semestinya perlu ada watak detektif, seperti 2666 di mana penyiasatan digerakkan oleh akademia, biar apa pun janji wujud rasa ingin tahu atau unsur misteri yang menyelubung cerita in spirit of Dupin / Poirot / Holmes.



Boleh jadi picisan, boleh jadi sastra, boleh jadi mapan, boleh jadi amatur, boleh jadi antiadat, boleh jadi proadat, boleh jadi realistik, boleh jadi kemimpian, boleh jadi urban, boleh jadi kampung, boleh jadi kelakar, boleh jadi serius, boleh jadi 1960's, boleh jadi 2020's, boleh jadi hitam, boleh jadi putih, boleh jadi semua asal cerpen anda berhawa noktun punya feel . . . BILA LARUT MALAM.



Rinci:

Bahasa Melayu

Tarikh tutup 31 Mac '13.

2500-7500 patah perkataan.

Hak cipta kekal bersama penulis.

Cadang terbit pertengahan tahun 2013.

Emel cerpen anda ke mokamochaink at gmail dot com dengan subjek: Penyertaan BILA LARUT MALAM (Hanya penyertaan terpilih akan terima maklum balas daripada kami.)



Penulis-penulis terpilih akan terima RM50 + 5 naskah setiap seorang. Antologi ini akan di-ISBN dan dijual di toko-toko buku popular dan pinggiran, online dan terus seperti Kinokuniya, MPH, Borders, Kedai Fixi, Lejen Press, etc.



Penulis atau non-penulis, selamat menulis!


http://binfilem.blogspot.com/2013/02/antologi-cerpen-bila-larut-malam.html



Ridhwan

P/s: Mohon sebarkan. Jika ada sebarang soalan, hubungi mokamochaink at gmail dot com. Terima kasih.

P/s/s: Cerpen Bahasa Malaysia pun kami terima :-)     Extra info mengenai term-term yang digunakan:-  
1. The term giallo derives from a series of crime-mystery pulp novels,
2.  American, British or other western thrillers such as Psycho, Vertigo or Peeping Tom are, for Italian-speaking audiences, examples of gialli

loveNmarriage

World Wide Web