Thursday, March 7, 2013

It is already Thursday! Where are we going this weekend? 9-10 March 2013


Puisi Satu Petang Shah Alam #6
9 Mac 2013
Taman Tasik Rekreasi Seksyen 7
Tema: Marah.

Puisi Satu Petang ini adalah satu acara yang sesiapa sahaja 
tanpa mengenal jantina atau usia boleh membaca puisi bebas 
di hadapan audiens yang bersedia meminjamkan kedua dua telinganya 
selama satu petang untuk mencerna segala hidangan perkataan yang diungkapkan.

Puisi Satu Petang ini akan diadakan secara santai 

tanpa mikrofon dan pentas tinggi yang bisa mengundang gementar. 
Yang membaca puisi akan berdiri dan yang mendengar akan duduk di lantai bumi dengan berlapikkan selipar
 atau suratkhabar lama yang akan disediakan nanti. 
Kalau kalian memerlukan prop seperti pedang atau senapang patah 
ketika membaca puisi, mohon ianya dibawa sendiri dari rumah
Kalian juga tidak perlu gusar jika hati tiba tiba berdebar debar kerana terfikir 
yang kalian tidak pernah membaca puisi di khalayak ramai sebelum ini 
malah tidak pernah belajar cara cara membaca puisi secara formal 
kerana puisi dan persembahan kalian tidak akan dihakimi dan diberi markah,
kita cuma mahu berhibur dan menyalurkan pendapat serta meluahkan perasaan
 melalui aktiviti membaca puisi ini. 
Menurut kajian yang telah kami lakukan, 
setakat tahun 2012 masih belum ada insan yang meninggal dunia kerana tersalah membaca puisi.
 Kami mendoakan tahun 2013 tidak akan mengubah statistik tersebut.

"Soalan lazim: Hai, macam mana ya, saya ni malu, 

tidak kenal siapa siapa tapi tetap teringin mahu baca puisi/buat persembahan.

Saya jawab: Hubungi kami di fesbuk dan cakap apa awak nak buat, baca puisi ke, 

shuffle ke.
 Dan confirmkan kedatangan awak dengan kami. 
Atau, pada hari tersebut, a
wak datang awal dan jumpa abang kacak, 
kalau segan jumpa kakak kakak yang ada disitu
, kabor hai saya nak baca puisi satgi. 
Boleh noo?
 Kami akan sambut dengan senyuman semanis dua kilo gula."

Puisi sahajakah?

 Tidak, walaupun aktiviti ini dinamakan Puisi Satu Petang, 
ianya tidak terhad kepada membaca puisi sahaja, 
kalian juga boleh bermain alat muzik, menyanyi, membaca cerita pendek, 
membuat review buku/puisi, melukis "conteng-conteng", 
bersyarah, buat monolog atau berlakon di hadapan khalayak 
dengan meninggalkan perasaan segan silu kalian di tepi jalan.
 Petang tersebut, kita akan menjadi sekumpulan orang yang tidak malu di tepi tasik. 

Janji!

Mahu buat persembahan/baca puisi/main alat muzik/promosi buku/atau apa apa sahaja?

 Hubungi kami di fesbuk atau email zinesatumalam@gmail.com. 
Mana mana organisasi yang berminat untuk sertai PSP ini juga dijemput hadir memeriahkan acara. 
Zine zine terbitan kami dan rakan rakan juga ada dijual di sini.

Untuk pertanyaan lanjut email saja di zinesatumalam@gmail.com 

atau 
terus ke wall facebook ZineSatuMalam 
(http://www.facebook.com/ZineSatuMalam). 
Semua soalan akan dijawab dengan penuh sopan dan bergaya.

***********************************************************





Pada minggu ini,kami di Buku Jalanan akan bersama sama dengan kalian semua,
akan berkongsi satu acara,
Pertamanya,oleh Saudari Uthaya Sankar SB,
tonggak gerakan sastera Kavyan yang akan berbicara soal penerbitan dan mengapa buku diterbitkan,dan mengapa orang bisa membaca?
Haaaaaaa,jemputlah hadir untuk mengetahui isi perbincangan kita sama sama pada petang hari ini ya.
Macam biasa,peminjaman bahan bacaan secara percuma dimana ianya terbuka kepada segenap lapisan masyarakat.
Disediakan juga slot Conteng Conteng. untuk khalayak diberi peluang untuk berkarya melukis mewarna pada minggu ini.
Selain itu,kami turut membuka Pasar Percuma di mana jika kalian punyai apa apa jenis barang barang terpakai untuk diberi percuma,boleh juga dikongsi bawa untuk kita saling berkongsian.
Usaha kelompok Rakan Rakan Mas Joko untuk masyarakat umum.jemput semua dapat bertandang.
"membenih ilmu, mengakar pengetahuan"
Tempat : Taman Tasik Shah Alam, 40000 Shah Alam, Malaysia
Tarikh : 9 Mac 2013
Masa : 5 - 7 pm

https://www.facebook.com/bukujalanan

***********************************************



TARIKH : 9 MAC 2013


MASA : 9am -5pm

HARI : SABTU

TEMPAT : AKADEMI SEMESTA, WANGSA MELAWATI



TENAGA PENGAJAR

DR. MAHADI J MURAT



PENERANGAN;

- Kursus dibuat selama 1 hari.

- Diikuti oleh peserta menulis skrip di tempat mereka sendiri dengan bantuan secara online.

- Tempoh untuk menulis skrip adalah 1 bulan.

- Selepas siap skrip, peserta dikehendaki datang semula untuk diberikan pandangan.

- Bengkel dibuat mengikut masa yang dipilih oleh peserta dan di mana-mana sahaja di Malaysia.

- Untuk pendaftaran, peserta dikehendaki membayar RM 210 dari jumlah RM 700 (Deposit 30 %) secara bank-in ke dalam akaun INSTITUT KESENIAN DAN KAJIAN MEDIA

MALAYSIA SDN BHD.



HUBUNGI / PENDAFTARAN

03-4131 2572 / 019-343 6232 / info@isemesta.com
  **************************************************


Latar Belakang

Program Baca Cerpen Kavyan anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan Kavyan pada 29 Ogos-2 September 2003 berjaya mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records berikutan pembacaan 384 cerpen secara berterusan oleh 166 peserta selama 96 jam 32 minit. Baca Cerpen Kavyan menjadi asas bagi memulakan tradisi membaca cerpen dan novel di khalayak anjuran Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak. Kavyan sering bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menganjurkan acara membaca cerpen di pentas. Masyarakat juga semakin berminat untuk mendengar serta mengambil bahagian dalam acara seumpama ini. Maka tradisi ini wajar diteruskan dan diperhebatkan; khususnya dengan mengangkat karya Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan sendiri.  
Objektif
1 Membuka peluang kepada peminat sastera membaca naskhah cerpen karya Sasterawan Kavyan (penulis kaum India).
2 Memupuk minat membaca dan menghayati karya cerpen dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum; membudayakan baca cerpen.
3 Meneruskan tradisi baca cerpen yang dimulakan melalui program Baca Cerpen Kavyan; memasyarakatkan sastera.
4 Memartabatkan Bahasa Malaysia serta memupuk semangat cinta akan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
5 Pengisian program kerjasama antara PPAS dan Kavyan yang dimulakan sejak 2003.

Keterangan lanjut : http://kavyan.blogspot.com/2013/03/baca-cerpen-siru-kambam.html?zx=20b89c66fb1b2a7a

***************************************************

Artist Sharon Chin will hold a one-day art show entitled Weeds/Rumpai, featuring a series of paintings of various garden weeds on upcycled political flags that began appearing in public spaces around the third quarter of 2012.

Created in response to Chin’s environment, Weeds/Rumpai celebrates ordinary people and their daily lives. The exhibition is especially timely, given the current political events and discourse dominating all aspects of Malaysian life.

Door opens at 4pm, Party starts at 7pm.

What's in Store?

Join us for a casual evening featuring a DJ set and open mic night organised by singer-songwriter Jerome Kugan.

Assemble your own zine made-up of garden flora and fauna hand-drawn by Sharon and take it home as a memento.Works are on sale until midnight. Otherwise, pre-order at www.sharonchin.com

"Weeds are not glamorous or important, but continue to grow and exist in all kinds of strange places. In fact if you look closely at them, they are beautiful. They are resilient and perennial.” — Sharon Chin


https://www.facebook.com/events/128652027317716/

Merdekarya, 352, Jalan 5/57, Petaling Jaya, Selangor







Click for larger view.

Click for larger view.

Click for larger view.




loveNmarriage

World Wide Web