Tuesday, April 3, 2012

[Siz] Belang Hitam Putih


Belang Hitam Putih

Aku melihat Baju T mu yang berbelang hitam putih.

Hidupku akan lebih senang jika ia seperti Baju T mu itu.

Tapi alangkah kecewanya aku bila aku dapat tahu

Ada satu lagi warna yang wujud , KELABU.

Kelabu itu membuatkan aku bingung,

Sedih

Pasrah.

KELABU melambangkan ketidakpastian yang mampu membunuh.

Ia boleh membuat seseorang itu gila.

Kerana bila aku berada di ruang KELABU itu

aku akan hilang dari dunia nyata.

Tapi setelah lama bermain di situ.

Aku ketagihkannya.

Aku perlukan Baju T mu itu.

Untuk kembali bernyawa.






0 comments:

loveNmarriage

World Wide Web