Friday, April 6, 2012

[Info] Teater Islamophobia 7 April 2012





KENYATAAN AKHBAR 'Teater Islamophobia'
Secara umumnya Islamophobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi kepada Islam dan Muslim

Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001.
Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamophobia sebagai 

"rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," 

juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka daripada kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. 

Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada dikenali sebagai satu agama.
Antara objektif yang ingin dicapai melalui penganjuran teater ini adalah:

  • Menjelaskan kepada Non-Muslim bahawa agama Islam bukanlah milik bangsa Melayu, sekaligus memperbetulkan salah anggap bahawa ‘masuk Islam bererti masuk Melayu’.

  • Menolak fitnah dan salah faham terhadap Islam yang dikaitkan dengan keganasan dan pelbagai perkara negatif.

  • Membuka ruang interaksi dan menggalakkan perbincangan yang sihat antara Muslim & Non-Muslim.

  • Memberi kesedaran kepada setiap Muslim melalui gambaran sebenar realiti sebahagian masyarakat Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam dan tuntutannya secara menyeluruh.

  • Menyampaikan mesej-mesej dakwah dan kebaikan dalam Islam secara lakonan santai.
Pementasan teater ini adalah anjuran bersama Hidayah Centre, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan AgamaIslam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Serious Comedy Studio.

Pementasan teater Islamophobia ini berkonsepkan lakonan santai dengan menampilkan para pelakon majoriti belum Islam supaya watak yang dilakonkan adalah ‘real’.

Lirik teater arahan En. Morgan dari Serious Comedy Studio yang juga belum Islam.
Persembahan teater ini sarat dengan mesej dan gambaran sebenar agama Islam yang bebas daripada elemen-elemen negatif,menyalahi pelbagai tunduhan yang digambarkan oleh pelbagai pihak yang cuba memburukkan nama Islam. 

Road Show ini adalah kesinambungan daripada pementasan teater Islamophobia kedua yang telah dipentaskan pada 8 Feb 2012 baru-baru ini. 

Pada asalnya, Teater Islamophobia ini adalah usaha rintis Hidayah Centre untuk menyampaikan mesej Islam yang sebenar dalam bentuk yang lebih santai dan praktikal serta mudah difahami.
Ketakutan dan kebimbangan terhadap agama Islam (Islamophobia) di kalangan bukan Islam akan mampu diatasi jika mereka mendapat gambaran dan maklumat yang benar dan tepat. 

Ini akan mengelakkan berlakunya salah faham dan konflik masyarakat yang akhirnya akan merugikan semua pihak. 

Justeru, pementasan teater ini diharap bakal memberikan impak yang besar kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, InsyaAllah.


Tarikh    : 7 April (Sabtu)

Masa        : 8.30 Malam

Tempat : Dewan Muktamar, JAWI KL (Berhadapan Masjid Negara)

Harga Tiket : RM20 (Dewasa) | RM10 (Pelajar IPT/ Sekolah)

Tempahan tiket/ pertanyaan, hubungi :

Sis Alya 013-3137685/ 03-41089669

Bro Zun Arif Hakim 017-3667126

Bro Asrul 019-3034123

Bro Nirul 019-6927314


2 comments:

Anonymous said...

ur post's are boring !

SiZ said...

Awww..so cute! Anonymous... Lagik!

loveNmarriage

World Wide Web