Thursday, March 29, 2012

[Event] Pekan Frinjan edisi 28; Seni, Aktivisme dan Fesyen


Pekan Frinjan


 adalah acara bulanan yang mempersatukan muzik, puisi, teater, fesyen, aktivisme, buku 


dan macam-macam. 


Edisi yang ke 28 akan berlangsung di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor pada 


hari jumaat, 30 Mac.

Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam


 (depan UNISEL dan bersebelahan Taman Tasik Seksyen 7)


Tarikh: 30 Mac 2012, Jumaat

Masa: 8 malam (bazar bermula jam 5 pm)


Barisan pengkarya:

- Azmyl Yunor & The Sigarettes


- House Of Five


- Wani Ardy


- Sleeq feat Najwa Latif


- The Alif


- Juxtaposed


- Kolektif Mas Joko & Buku Jalanan


- Athina Marzuki


- Perewa Muda


- Promo novel KOPI: kumpulan 19 cerpen Fixi



Baucar buku RM200 boleh digunakan di booth



 Distro Buku, 


Selut Press, 


Gerakbudaya 


&


 Lejen Press!

Pelbagai buku-buku baru dari penerbit kecil dan besar boleh diperolehi di sini. 



Tidak lupa untuk untuk yang suka berfesyen dan membeli belah apa saja, 


puluhan gerai 


menanti :)



Tentang Pekan Frinjan

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan 



masyarakat.


 Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada 


masyarakat umum,


 khususnya di laman massa dan jalanan.

Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”,



 diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme.


 Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang 


tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Tentang Frinjan

Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya,



 dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. 


Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil 


dengan 


suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial.

Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian 



masyarakat 


terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku. 


Isu-isu sosial politik yang dimaksudkan itu adalah politik nilai yang bersifat sejagat


 dan melangkaui politik kepartian iaitu tentang hak asasi manusia,


 menolak perkauman, kebebasan berekspresi dan sebagainya.

Frinjan juga sering bekerjasama



 dengan kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. 


Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai 


medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di 


mana-mana.

Facebook: http://www.fb.com/frinjan


Twitter: http://www.twitter.com/frinjan


Blog: http://frinjan.blogspot.com/

Pekan Frinjan 28 ini dianjurkan oleh Komuniti Frinjan dengan sokongan dari GEN-S,



 Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA

Terima kasih! :)



https://www.facebook.com/events/372032999487844/ ]




0 comments:

loveNmarriage

World Wide Web